Ada sesetengah orang yang keluar berbelanja apabila emosi mereka tidak menentu dengan tujuan akan dapat mengurangkan tekanan emosi yang dialami. Jika anda di antara salah seseorang yang mengamalkan cara begitu, hentikanlah mula dari saat ini. Jangan sesekali anda shopping ketika anda bersedih.
Menurut Psychological Science Journal, pepmbeli yang sedang bersedih cenderung berbelanja 30% lebih banyak berbanding dengan pembeli yang terkawal emosi mereka.
Kajian gabungan dari Harvard University, Cargenie Melon University, Stanford University, dan University Of Pittsburgh ini melibatkan 33 orang responden. Kesemua responden dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi menyaksikan video klip sedih, manakala kumpulan kedua diberi menyaksikan video klip yang tidak menyentuh emosi.
Setiap responden ditawarkan sebotol air mineral. Hasilnya, kumpulan pertama memberikan penawaran 300% lebih tinggi berbanding kumpulan kedua. Menurut Cynthia Cryder selaku ketua terhadap kajian tersebut, pembeli emosi atau yang sedih lebih focus terhadap diri sendiri, jadi mereka lebih cenderung untuk menghabiskan wang berbelanja bagi meningkatkan rasa percaya pada diri sendiri.
No comments:
Post a Comment